Y.Bhg. Dato' Lamien bin Sawiyo SETIAUSAHA Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan Perundangan
Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan Perundangan (SPKP)
adalah agensi yang melaksanakan tanggungjawab sebagaimana termaktub di bawah
Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukarkan
dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan
di bawah bidangkuasanya. Laman ini secara amnya memberikan sedikit sebanyak
maklumat yang dijangka dapat membantu agensi-agensi kerajaan dan juga orang
awam, khususnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut segala aktiviti yang
dilaksanakan oleh Suruhanjaya ini.
Lazimnya kemudahan berinteraksi dengan pelanggan agak sukar jika dibatasi oleh aspek-aspek fizikal seperti perhubungan yang jauh antara pelanggan dengan agensi berkenaan. Dengan adanya laman ini, pelanggan dapat terus menghubungi Suruhanjaya ini secara terus dan selanjutnya membantu menjayakan kehendak pelanggan, sama ada bagi memenuhi keperluan individu atau pun agensi-agensi yang berkenaan.
Suruhanjaya ini sentiasa berusaha sedaya upaya bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan. Sehubungan dengan ini saya mengalu-alukan pandangan yang membina untuk memantapkan lagi pengurusan maklumat dan kemudahan yang disediakan ini. Selamat melayari laman web SPKP, sumber maklumat dan kerjaya anda di dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.
Sekian, terima kasih
Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan
Perundangan
Aras 10, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62520 PUTRAJAYA
Tel: 03-8885 6335 Faks: 03-8888 5037
Penafian: Kerajaan Malaysia dan
Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan tidak bertanggungjawab atas
kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang
disediakan melalui laman web ini. Hakcipta TerpeliharaŠ 2010 Laman Web Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman
dan Perundangan. Sesuai
dipaparkan menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.