SERVICES SCHEME FOR LEGAL OFFICER
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN
PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
GRED GAJI/JAWATAN
: L41
JADUAL GAJI : T1:RM1990.00 - T20:RM6285.00
SYARAT LANTIKAN
1.
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a)
Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L41: T1).
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(a)
mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; dan
(b)
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3.
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Undang-undang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Pegawai Undang-undang Gred L1-1, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a)
mempunyai kelayakan di perenggan 1 di atas; dan
(b)
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
DEKSRIPSI TUGAS
4. (a) Bahagian Gubalan - Menggubal Undang-undang baru dan membuat pindaan ke atas Akta yang sedia ada.
(b) Bahagian Pendakwaan - Menimbang kertas siasatan dan menjalankan pendakwaan di Mahkamah.
(c) Bahagian Penasihat - Memberi nasihat perundangan kepada Kementerian dan Jabatan termasuk menyemak perjanjian yang melibatkan kepentingan Kerajaan.
(d) Bahagian Guaman - Mengendalikan kes-kes sivil yang melibatkan Kerajaan secara rundingan atau tindakan Mahkamah.
(e) Majistret - Menyebut, membicara, memberi keputusan/penghakiman terhadap kes-kes jenayah, mengawal dan mengawasi perjalanan pentadbiran mahkamah.
(f) Peguamcara Jabatan Pemegang Amanah Raya - Bertindak sebagai Pegawai Pentadbir Harta Pusaka di bawah Akta Pemegang Amanah (Perbadanan) 1952 (Disemak - 1981) (Akta 258), menghadiri kes-kes di mahkamah berkaitan sebagai wakil di bawah Aturan 15 - Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan Seksyen 39 dan 83 Akta Probet dan Pentadbiran 1959.
(g)Biro Bantuan Guaman - Menyelia dan mentadbir cawangan-cawangan Biro Bantuan Guaman, mendraf penyata tuntutan, pernyataan pembelaan, petisyen, afidavit, memberi nasihat undang-undang kepada pelanggan yang layak, mewakili pelanggan dalam perbicaraan di Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Syariah.
|