| Keperluan mendapat surat kelulusan pengesahan lantikan bertujuan untuk memastikan calon yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan menerima atau tidak tawaran jawatan serta memastikan anggota itu telan memenuhi syarat-syarat lantikan yang telah dinyatakan dalam surat tawaran. Di samping itu, bagi menentukan tarikh mula seseorang anggota itu berkhidmat dan menentukan tarikh pengesahan dalam perkhidmatan, tarikh pemberian taraf berpencen, dan kekananan seseorang anggota dalam perkhidmatan.
Pegawai Undang-undang yang telah dilantik akan diberi Pengesahan Lantikan setelah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. |