Suruhanjaya
Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP)
adalah Suruhanjaya Perkhidmatan yang melaksanakan tanggungjawab sebagaimana termaktub di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukarkan dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas pegawai-pegawai bagi perkhidmatan di bawah bidang kuasanya.
Perkhidmatan SPKP
Pengumuman Terkini
MESYUARAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN
KE-120 PADA 22 FEBRUARI 2013 DI PUTRAJAYA
Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-120 pada 22 Februari 2013 di Putrajaya. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Bin Adam, Pengerusi SPKP dan dihadiri Ahli-Ahli SPKP iaitu YAA Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Hakim Besar Malaya, YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak, YA Hakim Mahkamah Rayuan serta dua orang YA Hakim Mahkamah Tinggi. Mesyuarat yang turut dihadiri YBhg. Datuk Ramli Juhari, Setiausaha SPKP, Jemaah Pegawai SPKP iaitu YBhg. Peguam Cara Negara, YBhg. Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP itu telah menimbang dan membuat keputusan bagi 19 kertas melibatkan urusan Kenaikan Pangkat, Pemangkuan dan Tindakan Tatatertib. Selain itu, sebanyak 70 kertas pertimbangan Suruhanjaya dan urusan pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen dan penetapan gaji permulaan oleh Jemaah Pegawai SPKP telah diratifikasikan Suruhanjaya.
Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan
Perundangan
Aras 10, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62520 PUTRAJAYA
Tel: 03-8885 6335 Faks: 03-8888 5037
Penafian: Kerajaan Malaysia dan
Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan tidak bertanggungjawab atas
kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang
disediakan melalui laman web ini. Hakcipta TerpeliharaŠ 2010 Laman Web Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman
dan Perundangan. Sesuai
dipaparkan menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.