Maklumat Korporat
Fungsi
Prestasi Piagam Pelanggan
Skim Perkhidmatan
Sistem Semakan Online Urusan SPKP
Emel / Telefon
Kelayakan
Program & Aktiviti
Laporan Tahunan SPKP
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Online

Pautan



Print
Maklumat Skim Perkhidmatan

SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI UNDANG-UNDANG
PERKHIDMATAN KAHAKIMAN DAN PERUNDANGAN




KUMPULAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

KEM/JAB : JABATAN PEGUAM NEGARA DAN PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN

JADUAL GAJI :


Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,418.00 RM9,607.00 RM225.00


1. SYARAT LANTIKAN :


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-


(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan pada Gred L41 : RM2,418.00);

(d) lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination)



2. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.



3. SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN


Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Undang-undang atau Jurubahasa Gred LA29/30, LA32,LA38,LA40 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Undang-undang Gred L41, tertakluk kepada kekosongan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:


(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan

(b) had umur pelantikan:


  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun


4. DESKRIPSI TUGAS :


Bertanggungjawab menjalankan tugas perundangan dalam aspek pendakwaan, perbicaraan dan rayuan, nasihat perundangan, penggubalan undang-undang, penyemakan dan pembaharuan undang-undang, guaman dan hal ehwal antarabangsa.



5. PENETAPAN GAJI PERMULAAN


Gaji permulaan yang lebih tinggi atas gaji minimum Gred L41 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.



6. LATIHAN


Pegawai Undang-undang boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan yang berkenaan dari semasa ke semasa.



7. PROGRAM TANSFORMASI MINDA


Pegawai Undang-Undang Gred L41 dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda bagi lantikan selepas 1 Januari 2013 yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.



8. PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN


Pegawai Undang-Undang Gred L41 yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:


(a) memenuhi tempoh percubaan 1 - 3 Tahun;

(b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan

(c) diperaku oleh Ketua Perkhidmatan/ Ketua Jabatan.



9. PERGERAKAN GAJI TAHUNAN


Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan/Ketua Jabatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.



 

 
Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan Perundangan
Aras 10, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 PUTRAJAYA
Tel: 03-8885 6335 Faks: 03-8888 5037


Anda pelawat yang ke- : free page hit counter
sejak 20 April 2010

Tarikh kemaskini:
13 Disember 2019

... Dasar Privasi :: Dasar Keselamatan

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.
Hakcipta TerpeliharaŠ 2016 Laman Web Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. Sesuai dipaparkan menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.