SKIM
PERKHIDMATAN PEGAWAI UNDANG-UNDANG
PERKHIDMATAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN
KUMPULAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
KEM/JAB : JABATAN PEGUAM NEGARA DAN PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN
JADUAL GAJI :
Gaji Minimum |
Gaji Maksimum |
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan |
RM2,418.00 |
RM9,607.00 |
RM225.00 |
1. SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00); atau
(ii) Sijil Amalan Guaman. (Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00); atau
(iii) Barrister-at-law-England. (Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00); atau
(iv) Solicitor of the Supreme Court of Judicature of England atau Solicitor of the Senior
Courts of England and Wales daripada Solicitor Regulation Authority.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00)
2. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
3. SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Undang-undang atau Jurubahasa Gred LA29/30, LA32,LA38,LA40 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Undang-undang Gred L41, tertakluk kepada kekosongan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
(b) had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun
4. DESKRIPSI TUGAS :
Bertanggungjawab menjalankan tugas perundangan dalam aspek pendakwaan, perbicaraan dan rayuan, nasihat perundangan, penggubalan undang-undang, penyemakan dan pembaharuan undang-undang, guaman dan hal ehwal antarabangsa.
5. PENETAPAN GAJI PERMULAAN
Gaji permulaan yang lebih tinggi atas gaji minimum Gred L41 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.
6. LATIHAN
Pegawai Undang-undang boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan yang berkenaan dari semasa ke semasa.
7. PROGRAM TANSFORMASI MINDA
Pegawai Undang-Undang Gred L41 dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda bagi lantikan selepas 1 Januari 2013 yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.
8. PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN
Pegawai Undang-Undang Gred L41 yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
(a) memenuhi tempoh percubaan 1 - 3 Tahun;
(b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
(c) diperaku oleh Ketua Perkhidmatan/ Ketua Jabatan.
9. PERGERAKAN GAJI TAHUNAN
Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan/Ketua Jabatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.
|