Suruhanjaya
Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP)
adalah Suruhanjaya Perkhidmatan yang melaksanakan fungsi sebagaimana termaktub di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukarkan dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas pegawai-pegawai bagi perkhidmatan di bawah bidang kuasanya iaitu Pegawai Undang-Undang.
Pengumuman Terkini
PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41
Bagi calon yang telah mendaftar permohonan jawatan Pegawai Undang-Undang Gred L41 melalui Borang SPA9 secara online di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, sila klik di sini untuk panduan lanjut.
SYARAT LANTIKAN DAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41
Untuk mendapatkan maklumat Syarat Lantikan dan Skim Perkhidmatan Pegawai Undang-Undang Gred L41, sila klik di sini .
Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan Perundangan (SPKP)
Aras 10, Blok F1, Kompleks F,
No.2, Lebuh Perdana Timur A, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya
Tel: Faks: