Page 7 - Annual Report SPKP 2022
P. 7
2022 ANNUAL REPORT
5 | JUDICIAL AND LEGAL SERVICE COMMISSION
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Di kesempatan ini, saya memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas keizinan
dan kurniaNya, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah berjaya
menggalas tanggungjawab yang diamanahkan sepanjang tahun 2022 dengan cekap dan berkesan
iaitu melaksanakan fungsi-fungsinya selaras dengan Fasal (1) Perkara 144 Perlembagaan
Persekutuan yang memperuntukkan fungsi SPKP untuk melantik, mengesahkan, memberikan taraf
berpencen, menaikkan pangkat, menukarkan dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-
anggota perkhidmatan di bawah bidang kuasanya.
Prinsip kesaksamaan, ketelusan dan tatakelola yang baik merupakan asas dalam melaksanakan
fungsi yang diamanahkan, seterusnya memastikan Skim Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
kekal relevan dan dinamik.
Selaras dengan hasrat Kerajaan dalam memacu Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan
Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 (RMKe-12), SPKP akan terus berusaha memperbaiki
setiap urusan agar anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sentiasa dapat
menjalankan tugas dengan cemerlang demi kemajuan dan kemakmuran negara.
Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
semua yang terlibat dalam membantu SPKP menjayakan fungsi yang telah diamanahkan. Semoga
segala usaha yang kita lakukan diberkati oleh Allah SWT.
Salam hormat,
TAN SRI DATO’ SERI UTAMA ZAINAL RAHIM BIN SEMAN

