Page 11 - Annual Report SPKP 2022
P. 11
2022 ANNUAL REPORT
9 | JUDICIAL AND LEGAL SERVICE COMMISSION
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana atas izin dan kurniaNya, SPKP telah berjaya melaksanakan fungsi-
fungsi yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan seterusnya direkodkan dalam
Laporan Tahunan SPKP 2022.
Sepanjang tahun 2022, SPKP telah menerima sebanyak 4,997 permohonan yang berdaftar menerusi
Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9). SPKP juga telah
melaksanakan urusan pelantikan tetap seramai 30 orang ke jawatan Pegawai Undang-Undang Gred
L41 dan pelantikan secara kontrak bagi dua (2) orang Pegawai Undang-Undang Gred L41.
Seramai 302 orang pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan dan 16 orang pegawai diberikan
taraf berpencen. Selain itu seramai 365 orang pegawai telah diluluskan kenaikan pangkat dan 260
orang pegawai diluluskan pemangkuan ke pelbagai gred dan jawatan. SPKP juga telah memutuskan
sebanyak satu (1) kes tindakan tatatertib.
Dalam mempertimbangkan semua urusan tersebut, SPKP telah mengadakan sebanyak empat (4)
kali Mesyuarat Suruhanjaya melibatkan 35 kertas pertimbangan sepanjang Tahun 2022. Selain itu,
Suruhanjaya turut membuat keputusan secara edaran melibatkan sebanyak 116 kertas Suruhanjaya
dan 50 kertas Jemaah Pegawai.
Kecemerlangan secara berterusan yang dicapai oleh SPKP ini pastinya disokong oleh semangat
kerja berpasukan, integriti, prinsip akauntabiliti dan profesional yang sentiasa menjadi pegangan
urus setia SPKP.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada
semua urus setia SPKP dalam menyumbang kepada kejayaan SPKP pada tahun ini. Segala
kejayaan ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa kerjasama, komitmen, dedikasi dan disiplin yang
tinggi seluruh urus setia SPKP.
Sekian, terima kasih.
YBHG. DATUK IKHBAL HANAM BIN MUKRAS

