Pegawai Undang-Undang yang telah memenuhi semua syarat pengesahan sebagaimana yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan atau apa-apa syarat lain yang ditentukan mengikut Peraturan 29(1) hingga Peraturan 29(8), Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012] adalah layak disahkan dalam perkhidmatan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.