Urusan Pelantikan
Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) melaksanakan urusan pelantikan secara tetap atau kontrak ke jawatan Pegawai Undang-Undang termasuklah bagi pelantikan kali pertama dan pelantikan seseorang pegawai yang sedang berkhidmat dalam mana-mana skim perkhidmatan.
Bagi urusan pelantikan secara tetap, pemohon boleh mengemukakan permohonan jawatan Pegawai Undang-Undang Gred L9 melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (Sistem SPA9). Hanya pemohon yang memenuhi syarat skim perkhidmatan Pegawai Undang-Undang Gred L9 dan melepasi syarat tapisan yang ditetapkan oleh pihak SPKP akan dipanggil ke sesi temu duga. Calon yang berjaya dalam sesi temu duga seterusnya akan ditawarkan pelantikan ke jawatan Pegawai Undang-Undang Gred L9 sebagaimana kelulusan SPKP.
Manakala pelantikan secara kontrak adalah dibawah penyelarasan pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) berdasarkan keperluan perkhidmatan sebelum diangkat untuk kelulusan SPKP.
Permohonan pekerjaan melalui Sistem SPA9:
Panduan Menghadiri Temu Duga:
Tawaran Pelantikan Tetap:
