Skip to main content

Pengesahan Pelantikan

Pegawai Undang-Undang yang telah bersetuju menerima tawaran pelantikan ke jawatan tetap dan telah memenuhi syarat-syarat tawaran adalah layak dipertimbangkan untuk pengesahan pelantikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sebagaimana Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan-peraturan 20, 21, 22 dan 23 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012]. Pengesahan Pelantikan bertujuan:

  • memastikan pegawai telah bersetuju menerima tawaran jawatan;

  • memastikan pegawai telah memenuhi syarat lantikan; dan

  • menentukan tarikh pegawai mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam.