Skip to main content

Permohonan Penentuan Gaji Permulaan

Seorang Pegawai Undang-Undang yang dilantik untuk kali pertama boleh memohon untuk mendapatkan gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji yang ditawarkan berdasarkan kepada pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan yang disandangnya selaras dengan Peraturan 25(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012].