Skip to main content

Maklumat Skim Perkhidmatan

PEGAWAI UNDANG-UNDANG
PERKHIDMATAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN

KUMPULAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

KEM/JAB : JABATAN PEGUAM NEGARA DAN PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. memiliki salah satu kelayakan berikut:
    1. Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan pada Gred L9: RM2,580.00; atau
    2. Sijil Amalan Guaman. Gaji permulaan pada Gred L9: RM2,580.00; atau
    3. Barrister-at-Law, England. Gaji permulaan pada Gred L9: RM2,580.00; atau
    4. Solicitor of the Supreme Court of Judicature of England atau Solicitor of the Senior Courts of England and Wales daripada Solicitors Regulation Authority. Gaji permulaan pada Gred L9: RM2,580.00.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Undang-undang atau Jurubahasa Gred Gred LA5, LA6,LA7 atau LA8 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Undang-undang Gred L9, tertakluk kepada kekosongan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
  2. had umur pelantikan:
    • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

DESKRIPSI TUGAS :

Bertanggungjawab menjalankan tugas perundangan dalam aspek pendakwaan, perbicaraan dan rayuan, nasihat perundangan, penggubalan undang-undang, penyemakan dan pembaharuan undang-undang, guaman dan hal ehwal antarabangsa.

PENETAPAN GAJI PERMULAAN :

Gaji permulaan yang lebih tinggi atas gaji minimum Gred L9 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

LATIHAN :

Pegawai Undang-undang boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan yang berkenaan dari semasa ke semasa.

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA :

Pegawai Undang-Undang Gred L9 dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan yang berkenaan.

PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN :

Pegawai Undang-Undang Gred L9 yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:

  1. memenuhi tempoh percubaan;
  2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan.

PERGERAKAN GAJI TAHUNAN :

Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan/Ketua Jabatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.