Pelantikan Secara Pertukaran Sementara/Peminjaman
Pelantikan secara pertukaran sementara
Pelantikan seseorang pegawai ke perkhidmatan yang lain di bawah:
- Angkatan tentera;
- Perkhidmatan kehakiman dan perundangan;
- Perkhidmatan awam am persekutuan;
- Pasukan polis; dan
- Perkhidmatan pelajaran
menurut Fasal (1) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan atau pelantikan seseorang pegawai ke suatu jawatan dalam skim perkhidmatan yang lain di bawah pihak berkuasa melantik yang sama untuk tempoh masa tertentu tanpa memutuskan ikatan pegawai itu dengan perkhidmatan hakikinya.
Pelantikan secara peminjaman
Pelantikan seseorang pegawai di bawah:
- Angkatan tentera;
- Perkhidmatan kehakiman dan perundangan;
- Perkhidmatan awam am persekutuan;
- Pasukan polis; dan
- Perkhidmatan pelajaran
menurut Fasal (1) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan ke perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun, pihak berkuasa tempatan, atau mana-mana organisasi di dalam atau di luar Malaysia, untuk tempoh masa tertentu tanpa memutuskan ikatan pegawai itu dengan perkhidmatan hakikinya, termasuklah pelantikan pegawai di bawah perkhidmatan bersama yang disebut dalam Perkara 133 Perlembagaan Persekutuan ke perkhidmatan pihak berkuasa berkanun, pihak berkuasa tempatan, atau mana-mana organisasi di dalam atau di luar Malaysia.
Pelepasan bagi pelantikan secara pertukaran sementara/peminjaman
Pelepasan yang diberi kepada pegawai lantikan SPKP yang dilantik secara pertukaran sementara/peminjaman ke jawatan/agensi di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang lain.
Punca Kuasa:
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008;
- Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012;
- Ketetapan Suruhanjaya.