Suruhanjaya akan mengadakan sekurang-kurangnya empat mesyuarat setahun. Selain mesyuarat, kertas mengenai perkara yang memerlukan pertimbangan dan keputusan segera boleh dikemukakan kepada anggota Suruhanjaya secara edaran. Prosedur ini dibenarkan di bawah 17(1) Kaedah-Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan 1963.