Skip to main content

Perutusan Setiausaha

YBhg. Datuk Ikhbal Hanam bin Mukras

SETIAUSAHA
Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan Perundangan

Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan Perundangan (SPKP) adalah agensi yang melaksanakan tanggungjawab sebagaimana termaktub di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukarkan dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan di bawah bidangkuasanya. Laman ini secara amnya memberikan sedikit sebanyak maklumat yang dijangka dapat membantu agensi-agensi kerajaan dan juga orang awam, khususnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut segala aktiviti yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya ini.

Lazimnya kemudahan berinteraksi dengan pelanggan agak sukar jika dibatasi oleh aspek-aspek fizikal seperti perhubungan yang jauh antara pelanggan dengan agensi berkenaan. Dengan adanya laman ini, pelanggan dapat terus menghubungi Suruhanjaya ini secara terus dan selanjutnya membantu menjayakan kehendak pelanggan, sama ada bagi memenuhi keperluan individu atau pun agensi-agensi berkenaan.

Suruhanjaya ini sentiasa berusaha sedaya upaya bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan. Sehubungan dengan ini saya mengalu-alukan pandangan yang membina untuk memantapkan lagi pengurusan maklumat dan kemudahan yang disediakan ini. Selamat melayari laman web SPKP, sumber maklumat dan kerjaya anda di dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.

Sekian, terima kasih.